ARTIKEL

LITERASI ALAM... Awang Tengah (empat kanan) ditemani Len (empat kiri), Abdullah (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain memperkenalkan EEC 2026 pada sidang media hari ini. | Foto: GHAZALI BUJANG

EEC 2026 perkasa literasi alam sekitar generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesedaran terhadap alam sekitar perlu diterjemahkan kepada pengetahuan, nilai dan keberanian generasi muda dalam membuat keputusan yang menentukan masa depan bumi.

Sehubungan itu, Persidangan Pendidikan Alam Sekitar 2026 (EEC 2026) bakal menghimpunkan kira-kira 350 peserta dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh literasi alam sekitar dalam kalangan generasi muda Sarawak. Persidangan pada 27 dan 28 Oktober di Hotel Imperial Kuching itu membawa tema ‘Memperkasa Generasi Masa Depan Melalui Literasi Alam Sekitar’.

LITERASI ALAM… Awang Tengah (empat kanan) ditemani Len (empat kiri), Abdullah (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain memperkenalkan EEC 2026 pada sidang media hari ini. | Foto: GHAZALI BUJANG

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata usaha memperkukuh literasi alam sekitar penting bagi memastikan golongan muda memahami nilai khazanah semula jadi Sarawak serta kepentingan memeliharanya.

“EEC 2026 merupakan satu pelaburan untuk generasi masa depan Sarawak.

SERTAI KAMI… Awang Tengah pada sidang media EEC 2026 hari ini. | Foto: GHAZALI BUJANG

Kita mahu golongan muda memahami dan menghargai alam sekitar, mengenali kepentingan khazanah alam semula jadi Sarawak serta mempunyai pengetahuan, nilai dan keyakinan untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini.

Menurutnya, generasi muda bakal memainkan peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju pembangunan Sarawak, termasuk aspek penjagaan dan pengurusan alam sekitar, manakala literasi yang dipupuk sejak awal mampu melahirkan generasi yang membuat keputusan berasaskan pengetahuan.

EEC 2026 dianjurkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama kementerian berkaitan serta menghimpunkan pelajar, pendidik, agensi kerajaan, penyelidik, NGO, komuniti dan pengamal alam sekitar, termasuk kira-kira 100 peserta antarabangsa serta 250 peserta tempatan.

Persidangan itu turut menyasarkan penghasilan draf kerangka modul pendidikan alam sekitar Sarawak, selain memperkukuh kapasiti pendidik dan pengamal alam sekitar, kerjasama merentas sektor serta penerapan elemen kelestarian dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah.

Ia turut menampilkan penceramah dari Malaysia, Jepun, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura serta wakil UNDP, UNICEF dan National Geographic.

Usaha itu turut menyokong peluasan program Kelab Pencinta Alam Sekitar yang kini melibatkan 936 sekolah setakat September 2026, dengan sasaran diperluas kepada kesemua 1,460 sekolah di Sarawak menjelang 2027. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dijadual merasmikan EEC 2026 pada 27 Oktober ini.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia