ARTIKEL

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim memberi amaran kepada ejen terlibat dalam penipuan skim pelaburan pembinaan perumahan. Foto Ramidi Subari

Ejen terlibat dalam penipuan skim pelaburan pembinaan perumahan boleh didakwa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ejen terlibat dalam penipuan syarikat yang menawarkan skim pelaburan pembinaan perumahan boleh didakwa atas perbuatan mereka.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim memberi amaran kepada ejen yang terlibat meskipun mereka tidak lagi bekerja bersama-sama syarikat tersebut.

Katanya, pengadu mempercayai ejen yang menawarkan skim pelaburan tersebut berbanding syarikat terbabit ekoran mereka merupakan individu yang dikenali pengadu.

“Jangan ingat ejen ini sudah mendapat komisyen dan tidak ambil peduli, sebab kita juga boleh memasukkan nama anda ke dalam laporan polis dan menggesa supaya anda juga disiasat di bawah Seksyen 108 Kanun Keseksaan.

“Jadi kita beri amaran kepada ejen-ejen ini, jangan cuba promosikan tawaran-tawaran penipuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan penyerahan penyataan tambahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah dan surat mohon perhatian dan tindakan kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

MHO sebelum ini menerima 80 laporan daripada pengadu selepas wang mereka ditipu oleh syarikat yang menawarkan skim pelaburan pembinaan hartanah.

Sehubungan itu, Hishamuddin menggesa agar ejen-ejen yang terlibat disiasat, selain pihak pendakwaan diminta untuk menuduh ejen ini di mahkamah kerana bersubahat.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.