ARTIKEL

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.5 hingga 5.5 peratus pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus hingga 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2025 yang dikeluarkan hari ini, katanya sektor perkhidmatan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan yang disumbangkan oleh aktiviti pelancongan, eksport yang berterusan dan aktiviti berkaitan ICT yang rancak.

Sektor pembuatan turut dijangka terus berkembang berikutan prestasi lebih baik dalam industri berorientasikan eksport terutama segmen elektrik dan elektronik (E&E) didorong oleh permintaan luar untuk semikonduktor yang semakin meningkat.

Secara keseluruhan, katanya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar pada 2024 disemak naik antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus melebihi sasaran awal antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.

Pada 2025, inflasi keseluruhan dijangka kekal terkawal antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus berikutan pemulihan dalam bekalan global serta harga komoditi global yang menyederhana.

“Bagaimanapun, sebarang perubahan dalam dasar domestik memberi tekanan terhadap kenaikan inflasi,” katanya.

Sementara itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia dijangka menyederhana berikutan aktiviti pengeluaran yang stabil.

Pasaran buruh

Pasaran buruh dijangka kekal stabil pada 2025 seiring dengan jangkaan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik bagi ekonomi domestik dan perdagangan luar.

Strategi menangani isu struktural dalam pasaran buruh khususnya berkaitan gaji dan produktiviti dijangka meningkatkan kecekapan perniagaan dan permintaan buruh.

“Oleh itu, kadar pengangguran dijangka bertambah baik kepada 3.1 peratus pada 2025. Jumlah guna tenaga diunjur berkembang sebanyak 2.1 peratus kepada 16.6 juta orang dengan lebih 80 peratus peluang pekerjaan tertumpu dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan,” katanya.

Produktiviti buruh diunjur meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM101,700 pada 2025 dipacu oleh penerimaan teknologi termaju, digitalisasi dan amalan pengurusan moden secara meluas untuk meningkatkan rantaian nilai dalam kalangan perusahaan khususnya industri
pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV). Kerajaan komited untuk penuhi visi jangka masa panjang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan beriltizam untuk merealisasikan wawasan jangka masa panjang bagi pertumbuhan yang mampan serta terangkum dan kerangka Ekonomi MADANI akan kekal menjadi panduan rangka tindakan bagi dasar dan reformasi ekonomi.

“Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan masa depan yang makmur kepada semua rakyat Malaysia dengan memupuk ekonomi berdaya saing dan inovatif, meningkatkan kecekapan

BERITA LAIN

BERITA TERBARU