ARTIKEL

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang enam peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jangkaan perkembangan ekonomi sebanyak enam peratus boleh dicapai sekiranya semua pihak bekerja keras dan bekerjasama kata Pengarah Urusan Hong Seng Construction (E.M) Sdn Bhd Datuk Tan Jit Kee.

Beliau berkata, jangkaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa ucapan perutusan Tahun Baru Cina (TBC) boleh menjadi kenyataan kerana banyak projek besar bakal dibuat tahun ini.

“Banyak projek besar seperti jalan pesisir pantai dan jalan raya kedua bakal dibina selain pembangunan pertanian moden.

“Selain itu, terdapat juga projek lain seperti projek bekalan elektrik dan air bersih akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita pada hari kedua sambutan TBC di rumahnya di sini, tadi.

Pada masa yang sama, beliau juga percaya perkembangan ekonomi mampu dirangsang khususnya apabila Abang Johari kini mengatakan bahawa kita akan mengendalikan minyak negeri sendiri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU