ARTIKEL

Ekspo kerjaya di Bintulu 25-26 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) Bintulu dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan(MySED) Sarawak dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya MyFutureJobs@ Semarak Belia Sarawak pada 25-26 November ini di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB. 

Program itu akan diadakan mulai jam 8 pagi hingga 5 petang dan terbuka kepada orang ramai yang sedang mencari pekerjaan. O

rang ramai yang berminat untuk hadir ke program ini boleh mendaftarkan kehadiran di laman sesawang : https://bit.ly/m/ EKSPOKERJAYAMYFUTUREJOBSUPMXPERKESO Mereka juga diminta membawa bersama dokumen seperti resume, gambar ukuran pasport dan salinan sijil-sijil akademik berkaitan. 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Ajwad di talian 014- 9496480 atau Adawiyah (019- 2903226).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU