ARTIKEL

BEIJING, Nov 16 -- Deputy Prime Minister and Minister of Plantation and Commodities Datuk Seri Fadillah Yusof during a press conference to write up of his bilateral meetings in the second part of his official visit to China at China World Hotel, today. -- fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Eksport minyak sawit ke China meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Eksport minyak sawit dan berkaitan dengan minyak sawit Malaysia ke China dijangka meningkat tahun ini atau kekal berada pada paras tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tahun lepas, eksport minyak sawit dan produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China mencecah AS$3.72 bilion atau RM14.86 bilion, jumlah besar ini membentuk 11.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport di seluruh dunia iaitu berjumlah RM130.25 bilion .

“Terdapat banyak pasaran yang belum kita tembusi di China. Justeru, kita perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China,” katanya selepas mengadakan dua pertemuan dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China, Yu Jianhua dan Naib Premier China, Liu Guozhong di sini, semalam.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata lawatannya ke China adalah susulan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mac tahun ini.

Semasa lawatan itu, Anwar bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping untuk menandakan lawatan sulungnya ke China sejak memegang jawatan perdana menteri pada November 2022.

Malaysia juga mencatat rekod tertinggi dalam komitmen pelaburan sepanjang lawatan berkenaan berjumlah RM170 bilion (AS$38.6 bilion).

Mengulas import minyak sawit, Fadillah berkata China komited untuk meningkatkan lagi jumlah import minyak sawit dan produk hiliran mengandungi minyak sawit dari Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sayuran kedua terbesar di dunia.

Beliau berkata China merancang untuk meningkatkan bukan sahaja import minyak sawit tetapi juga derivatif termasuk tokotrienol, ia merupakan vitamin E berasaskan minyak sawit.

”China juga mahu melihat cara kita meningkatkan kerjasama dari segi penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit di negara ini,” kata Fadillah.

Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan eksport buah segar ke China.

“Kami mengeksport nangka ke Nanning tahun ini dan mereka berminat untuk meningkatkan penghantaran buah-buahan lain termasuk durian,” katanya. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU