ARTIKEL

Elak banjir, tiga sekolah di Ngemah dicadang dipindahkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Jagau, SK Nanga Nirok, dan SK Nanga Balingiau dicadangkan berpindah ke tapak baharu.

ADUN Ngemah Anyi Jana berkata, perancangan ini wajar dilaksanakan berikutan tapak lama ketiga-tiga bangunan terbabit sering dilanda banjir bila berlakunya hujan lebat.

“Pemindahan sekolah ini ke tapak baharu yang lebih sesuai adalah bagi mengelakkan pembaziran kewangan bagi perkara yang sama setiap kali berlaku hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbahasan Menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pagi ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan agar pihak berkaitan melaksanakan kajian mengenai gabungan tiga sekolah rendah terbabit.

BERITA LAIN

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli

BERITA TERBARU

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli