ARTIKEL

Elak pembaziran makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMBAZIRAN makanan merupakan satu isu yang semakin mendapat perhatian ramai terutama semasa Ramadan.

Di sebalik suasana meriah bazar Ramadan dengan pelbagai juadah yang menarik, jumlah lebihan makanan yang tidak terjual yang banyak berpotensi menjadi pembaziran jika tidak diuruskan dengan baik.

Ini tidak selari dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kesyukuran, jihad nafsu dan tanggungjawab sosial.

Bagi mengelakkan perkara ini, dilaksanakan program MySaveFood di Bazar Ramadan Mukah.

Program ini diadakan di seluruh negara dan berjaya menyelamatkan sejumlah besar makanan tidak terjual daripada dibuang ke tempat pelupusan.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa pepejal di tapak bazar tetapi turut memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan melalui agihan lebihan makanan tersebut.

Program ini merupakan satu usaha kolaboratif yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Pemuda Gema), pelbagai agensi kerajaan dan sukarelawan mahasiswa institusi pengajian tinggi.

Matlamat utama program ini adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan di bazar Ramadan dengan mengumpul makanan tidak terjual yang masih selamat untuk dimakan.

Kemudian, makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan sasar seperti pelajar, golongan kurang berkemampuan serta rumah ibadah setempat.

Di Mukah, program ini melibatkan penyertaan lebih 70 pelajar sukarelawan daripada Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Politeknik Mukah yang bertugas mengurus kutipan, pengasingan dan agihan lebihan makanan kepada pihak yang memerlukan.

Pada hari pertama pelaksanaan sahaja, lebih 160 kilogram lebihan makanan berjaya dikumpul dan seterusnya diagihkan kepada pelajar keluarga berpendapatan rendah serta golongan B40.

Usaha ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran tetapi juga menzahirkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial di kalangan generasi muda.

Pembaziran makanan merupakan isu global yang memberi impak negatif bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga alam sekitar.

Di Malaysia, jumlah lebihan makanan semasa Ramadan yang tidak diurus dengan baik memberi gambaran bahawa masyarakat masih kurang peka terhadap amalan membazir, walhal makanan yang sama boleh dimanfaatkan oleh mereka yang kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, usaha pengumpulan dan agihan lebihan makanan ini juga membuka ruang untuk masyarakat mengenali lebih jauh mengenai nilai kemanusiaan dan saling membantu dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ia mencerminkan satu pendekatan holistik dalam menangani pembaziran makanan.

Ia bukan sekadar memberi fokus kepada aspek kebajikan semata-mata tetapi juga pembinaan kesedaran masyarakat terhadap amalan lestari yang lebih bertanggungjawab.

Justeru, diharapkan inisiatif ini dapat diperluas lagi pada masa akan datang agar impaknya lebih meluas dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan, sekali gus menjadi budaya yang berterusan dalam masyarakat.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha