ARTIKEL

Datuk Amar Dr Sim ketika bercakap dalam sidang media (Foto LEVRONE AIGLE)

Elak tercicir bantuan SKAS, golongan B40 Sarawak diminta segera mendaftar STR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak yang layak tetapi belum menerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) digesa segera mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memastikan data penerima adalah tepat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, masih ramai rakyat terutama golongan B40 tidak berdaftar sehingga menyebabkan mereka tercicir daripada menerima bantuan kerajaan negeri.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan besar untuk pelaksanaan SKAS, namun proses agihan tersebut perlu dibuat secara telus dan berasaskan data rasmi.

“Pergi buka akaun dengan LHDN kerana di bawah STR, data itu penting. Kita mahu mengumpul data dengan betul.

“Kalau tidak, golongan B40 kita nampak makin kurang tetapi sebenarnya ramai yang belum mendaftar,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan mesra pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Gawai 2026 di Emart Tabuan Jaya, hari ini.

Beliau berkata, sistem pendaftaran tersebut penting bagi memastikan tadbir urus bantuan dilaksanakan dengan baik dan boleh diaudit.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya beri bantuan tanpa data kerana nanti macam mana mahu audit? Ini soal tadbir urus yang baik,” katanya.

Dr Sim turut mengakui rakyat kini berdepan tekanan kos sara hidup susulan kenaikan harga barangan yang dipengaruhi konflik global.

“Makanan pun naik harga. Laksa pun naik harga,” katanya berseloroh.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Kerajaan Sarawak terus meningkatkan jumlah bantuan kepada rakyat menerusi SKAS.

Menurutnya, bantuan untuk golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas turut dinaikkan daripada RM400 tahun lalu, kepada RM600 tahun ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menjangkakan kira-kira 900,000 rakyat menerima manfaat SKAS, berbanding sekitar 800,000 penerima yang direkodkan setakat ini.

“Premier Sarawak memang mahu wang dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

-tamat-

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium