Trending

Elaun IPT ringankan beban hidup pelajar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Beberapa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bahkan bekas pelajar IPT yang sudah menjalankan latihan industri setuju pemberian elaun perlu diwajibkan untuk meringankan beban hidup semasa latihan industri.

Shu Guo Qui, 23, pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pemberian elaun adalah satu kewajiban untuk membantu pelajar sepanjang proses latihan industri.

“Kos kehidupan di alam pekerjaan sememang memerlukan kos yang tinggi seperti kos sewa bilik, pengangkutan dan keperluan harian lebih lagi di bandar besar.

Shu Guo Qui

“Kadang-kadang, kalau elaun diberikan pun belum tentu mencukupi,” katanya.

Shu berkata elaun sekurang-kurangnya dalam lingkungan RM900 hingga RM1000 bergantung pada kawasan latihan industri.

Menurut Muhammad Amirul Aznil Abdul Jalil, 24, pelajar USM, elaun perlu diwajibkan kerana pelajar bukan semua berasal daripada keluarga yang senang.

“Ada antara mereka yang daripada keluarga susah berstatus B40.

“Dengan adanya elaun, pelajar praktikal tidak perlu risau dan meminta daripada keluarga untuk kos perbelanjaan sewa rumah , belanja harian dan sebagainya,” katanya.

Jessica Nyandang, 22, pelajar Kolej Universiti Linton (KUL) berkata elaun sangat penting bagi pelajar yang susah terutama pelajar dari luar bandar.

“Elaun penting untuk memastikan pelajar tersebut bekerja dan belajar dengan baik tanpa ada masalah kewangan dan tidak membebankan keluarga.

“Majikan perlu rela membayar elaun kerana ia juga dapat mengurangkan kos utk program latihan pekerja di mana mereka boleh diserap masuk selepas tempoh latihan,” ujarnya.

Muhammad Amirul Aznil Abdul Jalil

Nur Syamila Kamarul Arefin, 24, penulis berkata berdasarkan pengalamanya tahun lepas menjalani latihan industri setuju elaun perlu diwajibkan kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri di mana-mana syarikat.

“Proses latihan industri memakan kos tinggi untuk menampung perbelanjaan hidup mereka terutamanya mereka yang datang dari bandar kecil ke bandar besar.

“Elaun sekitar RM500 sudah semestinya tidak membebankan majikan jika diberikan kepada pelajar pun, kerana mereka ini digunakan sebagai tenaga kerja dengan bayaran murah.

Jessica Nyandang

Kamalnath Mhaneekam, 25, penolong pengurus ladang yang juga graduan tahun lepas turut bersetuju bahawa pemberian elaun perlu untuk memenuhi kos sara hidup

“Dalam RM600 sudah memadai untuk pelajar dan ianya sebahagian kecil daripada gaji sebenar yang mereka kena membayar untuk mendapatkan perkhidmatan professional dalam bidang tersebut,” ujarnya.

Dalam hal ini, kadar elaun mencukupi dan munasabah perlu ditetapkan untuk pelajar yang menjalani latihan industri, tidak kira sama ada sektor awam atau swasta.

Jelasnya, pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar IPT penting dan perlu dititikberatkan dari segi keperluan pelajar.

Nur Syamila Kamarul Arefin

 

Kamalnath Mhaneekam

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru