ARTIKEL

ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan menyampaikan sijil kepada para peserta Seminar Kepimpinan dan Kesejahteraan Sosial Bagi KMKK Daerah Lundu Siri 1/2025 di Pusat Latihan SALCRA Bajo, Lundu hari ini.

Elaun Ketua Masyarakat Perlu Naik, Seiring Kos Sara Hidup – ADUN Tanjong Datu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Pembentangan Belanjawan 2026 Sarawak yang akan dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini diharap turut melibatkan kenaikan elaun ketua masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, beliau bersama-sama semua ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan sepakat untuk memohon serta menyokong kenaikan elaun itu.

“Saya akan usahakan sehabis baik agar elaun ketua masyarakat sama ada Pemanca, Temenggong, Penghulu dan Ketua Kampung disemak semula.

“Rasanya ia patut dinaikkan sebab sudah lama, harga barang pun semua sudah naik, sepatutnya orang yang memimpin masyarakat dinaikkan juga elaun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kepimpinan dan Kesejahteraan Sosial Bagi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lundu Siri 1/2025 di Pusat Latihan SALCRA Bajo di sini, hari ini.

Pada masa sama, Azizul berkata sekiranya kenaikan elaun itu menjadi realiti, setiap ketua masyarakat juga harus meningkatkan kepimpinan mereka.

Menurutnya, pada masa ini sebilangan besar ketua masyarakat adalah berlatar belakang pesara kerajaan dan pengalaman serta ilmu yang dipelajari semasa berkhidmat dalam kerajaan harus digunakan untuk menyumbang kepada komuniti masing-masing.

“Sebagai ketua masyarakat, kita juga harus memikir ke hadapan dengan melihat kepada pembangunan kampung.

“Saya selaku wakil rakyat memang menyediakan sehabis baik kemudahan dan dalam lima atau 10 tahun akan datang, mungkin semuanya sudah ada seperti air, elektrik, perparitan dan sebagainya.

“Jadi peranan ketua masyarakat adalah fikirkan apa lagi kemajuan yang dimahukan, apa lagi kelebihan di kampung yang perlu diangkat misalnya untuk ekonomi, perkara seperti itulah yang harus kita lihat di kampung masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Azizul turut menegaskan agar ketua masyarakat bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

“Kita tahu Lundu bersempadan dengan Indonesia dan tidak mustahil ada berlakunya pengedaran dadah dan sebagainya baik dari seberang atau dari dalam negeri.

“Saya juga tahu terutama di kawasan Tanjong Datu memang ada kawasan panas, sebab itulah ketua masyarakat harus memikirkan apa aktiviti yang bagus untuk belia,” katanya.

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta