ARTIKEL

Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR) menyeru kerajaan agar memberikan elaun ‘one off’ kepada penerima PJM dari Angkatan Bersenjata.

Elaun ‘one off’ untuk veteran penerima PJM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemberian elaun ‘one off’ kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) merupakan satu usul yang perlu dipertimbangkan Kerajaan Negeri Sarawak.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR), Lt. Kol (B) Mohd Melintang Abdullah berkata, dengan pemberian elaun tersebut, dapat membantu penerima PJM dalam kehidupan seharian.

“Penerima PJM perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Sarawak dengan menyalurkan elaun ‘one off’ bagi menghargai sumbangan mereka semasa berkhidmat dalam angkatan bersenjata.

“Kerajaan pusat sudah bagi dan kita hendak minta elaun untuk bekas tentera dari Sarawak yang telah menerima PJM.

“Penerima ini telah menabur bakti dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara, terutama semasa era pemberontakkan komunis dan jasa mereka perlu dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung PVTKR) di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU