ARTIKEL

Enrique meraih pingat emas pada penampilan terakhirnya di Sukma XXI.

Emas sulung peribadi buat Enrique Maccartney Harold

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penampilan terakhir selepas membuat empat kemunculan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) menyaksikan atlet penerjun Sarawak, Enrique Maccartney Harold meraih emas sulung peribadinya di SUKMA ke-21, hari ini.

AKSI… atlet penerjun Sarawak, Enrique Maccartney Harold meraih emas sulung peribadinya di SUKMA ke-21, hari | Foto: Ramidi Subari

Pada aksi akhir acara 10m platform lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, penerjun muda berusia 21 tahun itu mengumpul 409.10 mata dalam keseluruhan enam terjunan untuk menewaskan 11 penerjun lain.

Pingat perak dimenangi atlet Sarawak juga, Elvis Priestley Clement dengan 390.25 mata manakala atlet dari Sabah, Muhammad Anilrian Normatr Abdullah membawa pulang gangsa selepas mengumpul 330.40 mata.

Walaupun menduduki tempat pertama dalam acara berkenaan, Enrique berkata dia masih tidak berpuas hati dengan persembahan terjunannya hari ini kerana ia tidak mencapai sasarannya.

“Namun saya bersyukur kerana saya meraih pingat emas kerana ini emas pertama individu saya selepas membuat empat kemunculan di SUKMA dan sayangnya umur saya sudah mencecah 21 tahun dan ini SUKMA terakhir saya,” katanya.

Enrique, yang juga merupakan pelajar ijazah dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini bernaung di bawah pasukan kebangsaan.

Selepas SUKMA, katanya dia akan menghadapi ujian kebangsaan untuk Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia.

Seperti dijangka, skuad terjun Sarawak pada hari keempat berjaya menyapu dua emas dan satu perak pada SUKMA XXI selepas gandingan Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin dan Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj juga meraih pingat emas pada acara 3m papan anjal seirama wanita.

Gandingan atlet Sarawak itu mengumpul 212.58 mata menewaskan atlet Wilayah Persekutuan, Celeste Qin Lee dan Jia Le Ong dengan 205.44 mata yang akur dengan pingat perak manakala pingat gangsa dimiliki atlet dari Perak, Cecelia Olivia Christopher Leoneil dan Siti Nurul Jannah Malik mengumpul 190.35 mata.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha