KUCHING: Emelsha Jeburie Abol, 18, dari Kampung Sungai Bayan Tasik dimahkotakan sebagai Kumang Gawai SDNU Mukah 2019 di Kingwood Resort di sini baru-baru ini.

Emelsha mengalahkan tujuh jelitawan lain yang menyaksikan Terrina Rosser Mujah di tempat kedua dan Bermas Julin tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, Emelsha membawa pulang ganjaran RM1,000, selempang, mahkota, piala, hamper dan pakej penginapan di Kingwood Resort.

Manakala Terrina Rosser dan Bermas Julin masing-masing meraih RM700 dan RM500 serta selempang, piala, hamper dan pakej penginapan di Kingwood Resort.

Lima lagi peserta mendapat sagu hati iaitu Angeline Romeo, Vronica Gloria Mas Sulaiman, Melina Manggie, Eifieyna Norman dan Wilnie Wilver.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree.

Sementara itu, Kumpulan Sebuloh Mansang Rerigang Pulai Lelingau muncul juara dalam pertandingan Betaboh.

Mereka membawa pulang hadiah RM500.

Manakala tempat kedua disandang oleh Kumpulan Baya Nelap Iko Nyipat (RM400) dan ketiga Kumpulan Rantau Lelengau Nanga Sawan (RM300).

Manakala Kumpulan Ibo Tan 16 SIDS Sekuau dan Kesulai Nandang menerima sagu hati berbentuk hamper.

Suara Sarawak