ARTIKEL

•⁠ ⁠Foto Bomba

Empat anak yatim piatu, ibu bapa rentung dalam kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi semalam.

Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah keluarga di Seremban untuk mengambil anak-anaknya bagi membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri nanti.

“Saya ada hubungi anak perempuan saya semalam, dia beritahu hari ini mahu beli baju raya anak-anaknya hari ini. Cucu-cucu saya ini empat orang masih kecil, berusia dari 12 tahun hingga tiga tahun…kami mendapat berita tentang kemalangan ini pagi tadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini semalam.

Beliau berkata anak dan menantunya itu bercadang menyambut Aidilfitri kali ini di Rembau, iaitu kampung mertuanya nanti.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Mat Ghani Lateh berkata berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis BMW yang terbakar seratus peratus, akibat bertembung dengan sebuah lori milik syarikat pembersihan swasta.

Beliau berkata pada kejadian 10.25 pagi tadi, berlaku kemalangan jalan raya di jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban melibatkan dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun bersama seorang wanita umur 32 tahun.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis BMW yang dalam perjalanan itu ingin memotong kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan lori jenis Isuzu hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu dan penumpang kereta itu tersepit di dalam kereta didapati telah rentung dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan luka-luka di bahagian tangan dan kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah