ARTIKEL

KENANGAN…dari kiri Cef Janncy, Cef Lana, Willie dan Cef Robbie serta Cef Nicky yang mengharumkan nama Sarawak di pentas antarabangsa di pertandingan MasterChef of Foodex 2026 di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Empat chef Bidayuh raih tujuh pingat di Vietnam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan empat chef Bidayuh dari Puncak Borneo yang mengharumkan nama Sarawak di pentas antarabangsa menjadi kebanggaan apabila mereka meraih satu emas, lima perak dan satu gangsa dalam pertandingan MasterChef of Foodex 2026 di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pencapaian itu jelas mencerminkan kehebatan bakat kulinari tempatan serta membuktikan potensi besar chef dari kawasan luar bandar yang kini semakin menyerlah di peringkat global.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, beliau akan terus menyokong usaha memperkasa bakat kulinari komuniti Bidayuh dan Dayak agar warisan makanan tradisi terus dipersembahkan di pentas antarabangsa.

Kejayaan tersebut telah membuka ruang lebih luas kepada generasi baharu untuk menceburi bidang kulinari sebagai kerjaya profesional bertaraf dunia.

Sementara itu, Cef Robbie Richard Balcarek dari Little Fairy Cafe yang mencuri perhatian juri menerusi hidangan Nasi Goreng Daun Ubi bersama sambal terung asam, tempoyak goreng dan ikan terubok berkata, penyertaan mereka bertujuan memberi peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah selain mengangkat Sarawak sebagai destinasi kulinari dunia.

“Kejayaan ini dilihat sebagai langkah penting dalam meletakkan Puncak Borneo sebagai hab baharu bakat kulinari serta melahirkan lebih ramai duta makanan Sarawak pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara yang menyerlah ialah Iana Akam dari Fairy Tavern yang meraih pingat emas dalam Kategori Mi menerusi Laksa Sarawak – menampilkan kuah berempah bersama makanan laut, sekali gus mengangkat hidangan ikonik negeri ke peringkat global.

Dalam Kategori Pasukan Kebangsaan, Iana bergandingan dengan Janncy Nyohim dan Robbie mempersembahkan menu fine dining lima hidangan berinspirasikan warisan kulinari Borneo.

Menu tersebut menampilkan bahan tempatan seperti gula apong, udang galah, tepus dan bunga kantan diolah dengan teknik moden, sekali gus membolehkan trio itu meraih pingat perak.

Janncy turut menambah koleksi pingat apabila meraih gangsa dalam Kategori Nasi menerusi interpretasi Nasi Lemak menggunakan beras merah Bidayuh dan beras Bario, dipadankan dengan sambal bunga kantan yang menonjolkan identiti Borneo.

Turut mencuri tumpuan ialah cef muda Nicky Nelson dari Little Fairy Cafe meraih pingat perak dalam penampilan sulungnya di pentas antarabangsa menerusi hidangan Terung Asam Ayam bersama mi vermicelli.

Sebagai mentee kepada kumpulan cef berpengalaman, kejayaan Nicky mencerminkan keberkesanan usaha bimbingan akar umbi, melahirkan bakat baharu kulinari dari komuniti setempat di Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU