Empat gereja di Tatau terima bantuan dana UNIFOR

TATAU: Empat rumah ibadat di Daerah Tatau menerima cek dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membabitkan jumlah keseluruhan berjumlah RM655,000.00.

Empat rumah ibadat terlibat masing-masingnya Gereja St. Peter Tatau, Gereja SDA Bukit Batu Jalan Samarakan, Gereja SDA Samarakan dan Gereja SDA Bintulu.

Majlis ringkas penyerahan cek disampaikan
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang- Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai.

Dalam ucapan ringkasnya, John Sikie berkata Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa mengambil berat terhadap semua kaum dan agama di negeri ini.

Kerajaan Sarawak,katanya lagi, juga akan sentiasa berkhidmat kepada semua masyarakat tanpa mengira latarbelakang, bangsa dan agama.

Ini termasuk akan terus memberi perhatian kepada bantuan-bantuan yang diperlukan oleh badan-badan keagamaan di negeri ini menerusi UNIFOR.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa Ketua Menteri kita, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah pemimpin untuk semua agama dan bangsa,” katanya sambil menegaskan GPS tetap utuh melindungi kepentingan negeri ini dan rakyatnya.

Pemanca Gerosen Jubin hadir sama menyaksikan simbolik penyerahan cek dana UNIFOR kepada empat rumah ibadat terlibat.

Suara Sarawak