ARTIKEL

Empat hadiah menanti pemenang kejohanan Golf PUSAKA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Golf Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS), menawarkan empat hadiah ‘Hold-In-One’ kepada pemain bertuah.

Diadakan pada Sabtu dan Ahad ini, kejohanan itu menawarkan hadiah buah kereta, Perodua Myvi bernilai RM65,000 (Santubong Hole 17) tajaan Adjustment Sdn. Bhd., dan Perodua Bezza bernilai RM40,000 (Matang Hole 8) tajaan General Insurance Malaysia Bhd.

Di samping jam tangan jenama Rolex bernilai RM20,000 (Santubong Hole 14) tajaan Leong Adjustment Sdn. Bhd. dan trip percutian keluar negara bernilai RM20,000 (Matang Hole 3) tajaan MSM International Adjustment Sdn. Bhd.

Saingan dua hari itu disertai seramai 240 orang pemain dan menyaksikan lima kategori dipertandingkan iaitu VIP, tetamu jemputan, PUSAKA dan anak-anak syarikat, terbuka lelaki dan terbuka wanita.

Kejohanan terbabit merupakan antara salah satu aktiviti sukan sempena sambutan ulang tahun ke-50 PUSAKA.

Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Piala Dan Hadiah ‘Hole-In-One’ oleh wakil penaja kepada
Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, di sini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU