SARATOK: Empat jalan utama di Saratok ditutup sempena Hari Cuci Malaysia 2025 pada Sabtu ini bermula 7 hingga 9 pagi.
Majlis Daerah Saratok (MDS) dalam notis hebahan berkata, pihaknya sempena Hari Cuci Malaysia mengadakan pelbagai aktiviti termasuk Hari Tanpa Kenderaan.
Sehubungan itu, beberapa laluan di sekitar pekan Saratok akan ditutup sementara selama dua jam bermula 7 hingga 9 pagi, Sabtu ini.
Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Pembangunan (berhadapan SJKC Min Syn dan Pejabat Pos Saratok).
Selain itu, Jalan Sri Aman (sekitar kawasan Farmasi PMG, 4D Magnum dan Bank Hong Leong), Jalan Pahlawan (sekitar kawasan gelanggang bola keranjang) dan Jalan Datuk Abang Abu Talip (berhadapan Majlis Daerah Saratok).
Beberapa laluan kecil di sekitar kawasan komersial turut ditutup.
Susulan itu, pengguna jalan raya dimohon merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan tersebut.
MDS memohon kerjasama orang ramai demi menjayakan Hari Tanpa Kenderaan 2025 di Saratok.

