Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Empat jambatan konkrit baharu akan dibina di utara Pulau Bruit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdullah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek siap Jalan Sambungan (Missing Link) di Kampung Penuai.

DARO: Penduduk utara Pulau Bruit bakal menikmati sistem perhubungan yang lebih baik apabila empat jambatan konkrit baharu bakal dibina di kawasan itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak ( Hal Ehwal Korporat dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM20 juta itu dijangka dilaksanakan pada tahun ini.

Katanya, jambatan baharu itu merupakan jalan dua hala bagi menggantikan laluan sehala sekali gus melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

“Saya berharap projek ini dapat dilaksanakan tahun ini. Pelaksanaannya dijangka mengambil tempoh dua tahun…apa yang paling penting kerjasama penduduk agar pelaksanaannya berjalan lancar dan sempurna.

“Ketika projek itu berjalan nanti, saya juga berharap pihak pemaju dapat membina laluan sementara untuk memudahkan perjalanan penduduk,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek Siap Jalan Sambungan (Missing Link) di Kampung Penuai, hari ini. 

Laluan penghubung sepanjang 1 kilometer yang bernilai RM2.59 juta itu enam bulan siap lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu berkata, pelaksanaan projek  membuktikan kerajaan mengambil berat keperluan penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, beliau dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab memohon agar peruntukan untuk membina jalan dari Kampung Bruit ke Sungai Nai yang diluluskan sebelum ini, dikekalkan.

Laluan baharu itu ujarnya, sangat penting bagi menyingkatkan perjalanan penduduk Kampung Bruit tanpa perlu melalui Penuai.

“Dengan pembinaan laluan itu nanti, memudahkan penduduk kampung untuk memasarkan hasil pertanian dan perikanan,” tambahnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa