ARTIKEL

Barisan pemain Kupi Kupi FM Allstars bakal berentap dengan FINAS Borneo dalam aksi persahabatan di Cascara Arena, Kuching, jam 4 petang esok.

Empat legenda Sarawak meriahkan aksi Kupi Kupi FM Allstars

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat bekas pemain bola sepak Sarawak bakal kembali beraksi di padang apabila Kupi Kupi FM Allstars menentang FINAS Borneo dalam perlawanan persahabatan di Cascara Arena, Kuching, jam 4 petang esok.

Mereka ialah Joseph Kalang Tie, Hairol Mokhtar serta pasangan adik-beradik Ramos Sari dan Ramles Sari akan berganding bersama penyampai radio, artis tempatan dan peminat bola sepak.

Pengurus Stesen Kupi Kupi FM, Mohd Azrar Pauwi berkata, perlawanan itu bukan sekadar acara sukan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara warga industri penyiaran radio dan perfileman di Sarawak.

“Kami juga mahu memberi peluang kepada penyampai Kupi Kupi FM dan pendengar berinteraksi dalam suasana santai, selain membolehkan peminat menyaksikan aksi bekas pemain bola sepak Sarawak secara lebih dekat,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Kupi Kupi FM Allstars dibarisi artis tempatan termasuk Allesandro, Daus Eli, Lan dan Ash daripada Kumpulan Perey, Zah Amirul serta Jalee Lagoon.

Pasukan itu turut diperkuat empat penyampai Kupi Kupi FM, iaitu Ezri Mukriz, Julai Billie, Naz dan Haziq Fadhullah, beberapa pemain dalam kalangan pendengar serta peminat stesen radio berkenaan.

Beliau berkata, program bermula jam 3 petang dengan ketibaan pemain, diikuti sesi pemanasan badan dan penyampaian cenderamata kepada wakil FINAS Borneo.

Penyampaian cenderamata akan disempurnakan Mohd Haziq Mirza Othman, mewakili Pengarah FINAS Borneo dan Mohd Azrar selaku Pengurus Stesen Kupi Kupi FM Sarawak.

Perlawanan kemudian disusuli penyampaian pingat kepada kedua-dua pasukan sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.

Program berkenaan akan dikendalikan Maria dan Wena selaku pengacara serta pengulas perlawanan.

/tamat/

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU