ARTIKEL

Gambar Hiasan

Empat Lelaki Dipenjara Tujuh Hari, Denda RM1,000 Terlibat Pergaduhan Di Tempat Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari serta denda RM1,000, atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam pergaduhan di tempat awam pada 21 Mei lalu.

Majistret Leona Dominic Mojiliu menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 21 hingga 29 tahun tersebut selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan bergaduh di tempat awam.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah premis makanan berhampiran Jalan Stutong di sini kira-kira 1.30 pagi.

Seksyen 160 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian dipercayai bermula apabila berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan sekumpulan lelaki susulan bunyi enjin motosikal yang terlalu kuat.

Pertengkaran tersebut kemudian bertukar menjadi pergaduhan fizikal melibatkan beberapa individu dalam suasana gelap dan tidak terkawal.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat sebelum pihak polis berjaya menahan kesemua tertuduh bagi membantu siasatan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang prosiding berlangsung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia