ARTIKEL

DIHENTIKAN…Empat loji rawatan air terpaksa dihentikan operasinya akibat banjir. Photo FB JBALB.

Empat loji rawatan air terpaksa dihenti akibat bnjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak terpaksa menangguhkan operasi empat loji rawatan air akibat banjir dan paras air sungai yang membimbangkan.

Menurut Pengarah JBALB Sarawak, Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, kesemua loji di Sibu dan Kapit dihentikan berikutan situasi banjir dan paras air sungai yang kritikal.

“Loji-loji yang terjejas termasuk Loji Rawatan Air Song dan Loji Rawatan Air Beguang di Bahagian Kapit, serta Loji Rawatan Air Nanga Dap dan Loji Rawatan Air Kanowit di Bahagian Sibu,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Menurut Awang, pihak JBALB di setiap kawasan akan terus memantau keadaan di loji rawatan air secara berkala.

Beliau juga menegaskan bahawa JBALB Sarawak komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sementara loji rawatan air lain di Sarawak beroperasi seperti biasa.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 untuk sebarang aduan atau pertanyaan mengenai gangguan bekalan air,” katanya.

P1-P4: DIHENTIKAN…Empat loji rawatan air terpaksa dihentikan operasinya akibat banjir. Photo FB JBALB.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan