ARTIKEL

Semenggol Empire

Empat pasukan mara separuh akhir BCC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semenggol Empire, Untitled 26, TS 25 dan MP United mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Cabaran Battosai (BCC) Edisi Ketiga 2026 selepas menewaskan pencabar masing-masing dalam aksi suku akhir di Padang Kampung Bantang, Serian, Ahad lalu.

Pengerusi pertandingan, Raymond Lori berkata, saingan suku akhir berlangsung sengit dengan dua perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti, sekali gus memperlihatkan persaingan seimbang antara pasukan.

Untitled 26

“Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir.

Kepada pasukan yang terkandas, terima kasih atas penyertaan dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

TS 25

“Adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Kepada pasukan yang belum mempunyai rezeki kali ini, kita berjumpa lagi pada BCC Edisi Keempat 2027,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

MP United

Menurutnya, kejohanan itu turut menjadi medan kepada pasukan bola sepak tempatan mempamerkan kemampuan masing-masing, selain mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti bola sepak sekitar Serian dan kawasan berhampiran.

Pada aksi suku akhir pertama, Semenggol Empire terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan Kelingkang FC menerusi kemenangan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Untitled 26 pula turut mengharungi laluan mencabar apabila menewaskan Saga FC 5-4 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dengan keputusan 0-0.

Berbeza dengan dua perlawanan tersebut, TS 25 mempamerkan aksi lebih meyakinkan apabila menundukkan Newville FC 3-1 untuk memastikan tempat dalam kelompok empat terbaik.

MP United turut mengesahkan kemaraan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas SME FC dalam perlawanan suku akhir terakhir.

Keputusan tersebut menyaksikan Semenggol Empire bakal berdepan Untitled 26 pada aksi separuh akhir pertama yang dijadual berlangsung pada 29 November ini, jam 10 pagi.

Sementara itu, TS 25 akan membuat perhitungan dengan MP United pada separuh akhir kedua yang berlangsung pada hari sama, jam 11 pagi.

Kedua-dua perlawanan itu dijangka menjadi tumpuan apabila empat pasukan berkenaan memburu peluang mara ke pentas akhir kejohanan edisi ketiga tersebut.

Selain aksi separuh akhir, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat turut dijadual berlangsung pada 29 November, jam 1 petang.

Perlawanan akhir pula dijadual bermula 2 petang bagi menentukan juara baharu Piala Cabaran Battosai 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU