ARTIKEL

Skuad futsal muda Australia kunjungi Sarawak menerusi Siri Jelajah 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Futsal Australia (AFA) meneruskan tradisi kerjasama serantau menerusi Siri Jelajah Sarawak 2026 bermula dari 17 hingga 23 November ini.

Siri jelajah tersebut melibatkan pasukan futsal lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, dan merupakan jalinan kerjasama strategik bermula dari 2010 antara AFA dengan The Futsal Legion (TFL) Network yang disokong oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) serta International Futsal Alliance (IFA).

Penyelaras program TFL, Awang Zaifulizan Abdul Rahman menegaskan, jalinan kerjasama itu bertujuan mewujudkan sebuah platform komuniti yang mampan terhadap pemain muda dari Australia dan Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

TERUJA… Pemain skuad wanita.

Dengan kata lain, pendekatan diperkenalkan ini dapat menonjolkan bakat serta mengasah kemahiran pemain muda terlibat terhadap sukan futsal.

Siri jelajah ini juga turut mempromosikan futsal Kod Sukan Selamat menerusi penggunaan ‘Gol Brasil Rules’ selaras dengan kempen yang digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ia sekali gus merancakkan sektor pelancongan sukan Sarawak bersempena Tahun Melawat Malaysia.

“Kemuncak siri jelajah berkenaan ialah penyertaan AFA dalam Kejohanan Futsal Piala Perdana yang dijadualkan berlangsung pada 21 November di Stadium Tertutup, Kota Samarahan,” ujar Awang Zaifulizan kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, bagi kategori lelaki, AFA akan berdepan cabaran daripada pasukan tempatan iaitu seperti TamanMU FC, PFA Odin, Selek FT dan SSC.

Sementara itu, bagi kategori perempuan, AFA akan bersaing dengan beberapa pasukan seperti Neo Nexus, SK Matang Jaya, PFA Odin dan Selek FT.

Awang Zaifulizan menyifatkan, kejohanan tersebut bukan sekadar medan persaingan, tetapi juga simbol persahabatan antarabangsa dalam usaha memperkukuh pembangunan futsal di peringkat akar umbi serta peringkat komuniti.

BERITA LAIN

Huang hulur bantuan mangsa kebakaran Rumah Sibar

SARIKEI: Empat keluarga yang terjejas selepas empat pintu di Rumah Sibar Duat, Lubok Lemba, Ulu Sarikei musnah dalam kebakaran, menerima bantuan daripada Timbalan Menteri Perladangan

BERITA TERBARU