LUNDU: Empat penghuni selamat selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Satu, di sini, hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.58 pagi.
Katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat, jenis separuh kekal yang telah terbakar dalam 80 peratus.
“Pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan dua nozel punca air dari pam jentera dan satu aliran hos.
“Manakala sumber air diperoleh dari pili berdekatan dengan sambungan hos dari pili bomba ke jentera dalam 300 kaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
PGO berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.20 pagi.
Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.


