ARTIKEL

MUSNAH…Sebuah rumah musnah sepenuhnya selepas terlibat dalam kebakaran di Kampung Penakup Tengah Hilir, di sini, hari ini.

Empat penghuni selamat, rumah terbakar sepenuhnya di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Empat penghuni selamat selepas rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Penakup Tengah Hilir, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 12.52 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur separuh kekal yang berkeluasan 60 x 50 kaki telah terbakar 100 peratus.

“Manakala, sebuah lagi rumah dengan empat penghuni turut terbakar 10 peratus dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, pasukan bomba telah bertindak berpandukan konsep RECEO dengan menggunakan satu aliran 300 kaki dua nozel air dari jentera.

Turut digunakan, satu aliran 300 kaki dua nozel pam sumber air terbuka sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.08 petang.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya, kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

MUSNAH…Sebuah rumah musnah sepenuhnya selepas terlibat dalam kebakaran di Kampung Penakup Tengah Hilir, di sini, hari ini.
Pihak bomba membantu memadamkan kebakaran tersebut.

BERITA LAIN

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

BERITA TERBARU