ARTIKEL

Cassidy merakam gambar bersama delegasi JKR Sarawak. Foto JKR Sarawak

Empat projek JKR Sarawak disenarai pendek anugerah REAM 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat projek infrastruktur di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak disenarai pendek bagi REAM Road Engineering Excellence Award 2026 sekali gus mengiktiraf kecemerlangan negeri dalam pembangunan infrastruktur berkualiti tinggi.

Projek yang terpilih ialah Jambatan Muara Lassa, Jambatan Marudi, Jambatan Kemena di Sebauh serta Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Pengarah JKR Sarawak Datuk Profesor Ir Dr Cassidy Morris, membentangkan keempat-empat projek itu kepada panel penilai sebagai sebahagian daripada proses penilaian bagi anugerah berprestij berkenaan.

Anugerah anjuran Road Engineering Association of Malaysia (REAM) itu mengiktiraf projek kejuruteraan jalan raya yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek perancangan, reka bentuk, pembinaan, inovasi, keselamatan, kelestarian serta impaknya terhadap pembangunan ekonomi dan sosial.

Pemilihan ke peringkat senarai pendek itu mencerminkan keupayaan JKR Sarawak dalam merancang, mengurus dan melaksanakan projek infrastruktur yang berkualiti, berdaya tahan serta memberi manfaat kepada rakyat.

Pencapaian berkenaan turut membuktikan komitmen berterusan JKR Sarawak dalam menyediakan infrastruktur yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah menyokong agenda pembangunan jangka panjang negeri.

Selain itu, kejayaan berkenaan menjadi pengiktirafan terhadap kepakaran, komitmen dan kerjasama semua pihak yang terbabit dalam memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut piawaian kejuruteraan, keselamatan serta kualiti yang ditetapkan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan