ARTIKEL

Wilfred Yap, Pengerusi MPP Tan Kai, Penghulu Lai Boon Khee menyaksikan penyerahan surat lantikan dan tapak kepada kontraktor untuk naik taraf Dataran Perbandaran Kota Sentosa, hari ini.

Empat projek RTP Kota Sentosa bernilai RM850,000 siap tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak empat Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di DUN Kota Sentosa yang menelan peruntukan RM850,000 dijadualkan siap pada separuh pertama tahun hadapan, kata ADUNnya Wilfed Yap.

Menurutnya, penyerahan surat lantikan kontrak dan tapak telah disampaikan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kepada kontraktor yang berjaya, semalam.

“Ia melibatkan naik taraf Dataran Perbandaran Kota Sentosa dengan peruntukan RM500,000; pembinaan Taman Rekreasi Olive Garden Batu Tujuh (RM200,000), Lorong 7 Taman Semeba (RM100,000) dan Lorong Jalan Semeba 2B2 (RM50,000).

“Kesemua projek ini dijadualkan siap pada separuh pertama 2024,” katanya selepas menyaksikan penyerahan RTP DUN Kota Sentosa di Ibu Pejabat MPP, hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta semua agensi pelaksana yang dilantik MPP untuk memantau dan menyelia dengan teliti kerja-kerja pembinaan bagi memastikan ia siap mengikut jadual dan berkualiti.

“Ini bagi memastikan ia memberi manfaat seperti diharapkan, dalam masa yang sama menyediakan tempat yang kondusif untuk orang ramai berkumpul, menganjurkan aktiviti sosial dan menyediakan kemudahan rekreasi.

“Dalam masa yang sama meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat serta menambah nilai harta tanah di kawasan tersebut,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan komitmen memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di kawasannya dengan mendapatkan lebih banyak pembiayaan pembangunan kerajaan bagi menaik taraf secara progresif semua infrastruktur di DUN berkenaan.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.