ARTIKEL

kredit: Kementerian Luar Indonesia, Pengarah Perlindungan Warganegara kementerian Judha Nugraha

Enam jemaah umrah Indonesia maut dalam kemalangan di Arab Saudi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Enam jemaah umrah dari Indonesia maut, manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan bas di jalan Madinah-Mekah, Arab Saudi pada Khamis, menurut Kementerian Luar Indonesia. 

Pengarah Perlindungan Warganegara kementerian itu, Judha Nugraha berkata bahawa kejadian berlaku pada 1.30 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Indonesia barat) di Wadi Qudeid, kira-kira 150 kilometer dari Jeddah. 

“Berdasarkan laporan awal, bas itu terlibat dalam perlanggaran, kemudian terbalik lalu terbakar,” katanya dalam satu kenyataan. 

Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah segera dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan menghantar pasukan dari Unit Perlindungan Warganegara Indonesia ke lokasi kejadian. 

Para pegawai kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi, hospital, pengendali pelancongan, Kementerian Haji, Muassasah dan syarikat bas bagi menilai situasi serta memberikan bantuan sewajarnya. 

“Kementerian Luar turut bekerjasama dengan Kementerian Agama dan agensi umrah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai jemaah Indonesia yang terlibat serta keluarga mereka di tanah air,” kata Judha. 

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Arab Saudi untuk menerima rawatan, manakala keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. 

“Kerajaan Indonesia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga enam mangsa yang terkorban serta memberi jaminan bahawa sokongan akan terus diberikan kepada mereka yang sedang menerima rawatan,” katanya.  – BERNAMA 

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha