ARTIKEL

Keadaan jerebu di kawasan bandar Kuching sekitar pagi tadi.

Enam kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Enam kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 192, diikuti Kuching (181), Samarahan (173), Sri Aman (155), Bintulu (142) dan Mukah (141).

Manakala, tujuh kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Samalaju (92), Sibu (90), Miri (89), ILP Miri (87), Sarikei (85), Kapit (80) dan Limbang (71).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah pada tahap berbahaya.

Keadaan jerebu di kawasan bandar Kuching sekitar pagi tadi.

Sementara itu, semalam (23 Ogos), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan kesemua 591 sekolah di 10 daerah di Sarawak yang ditutup akibat jerebu mula beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Pembukaan semula sekolah tersebut turut membabitkan 509 sekolah rendah dengan 107,590 murid dan 82 sekolah menengah dengan 89,733 pelajar.

Semua sekolah itu terletak di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu dan Betong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU