ARTIKEL

P1: Pihak bomba memadam api kebakaran melibatkan enam buah kereta.

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 2.45 petang dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah Suzuki Vitara, terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berpunca daripada pembakaran longgokan kayu yang dilakukan, 13 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Susulan itu katanya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula, pam jentera dan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Operasi ditamatkan pada 3.41 setelah selesai memadamkan api dan memastikan keadaan terkawal serta selamat.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)