BAU: Polis menahan enam lelaki di dua lokasi berbeza semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, kesemua suspek yang berusia 27 hingga 37 tahun ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di Jalan Bau-Siniawan dan Jalan Bau-Serikin antara pukul 12.05 pagi dengan 12.15 pagi.
“Hasil saringan awal air kencing terhadap enam suspek tersebut didapati positif dadah dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan dengan itu, katanya, polis menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap sebarang penglibatan dalam penyalahgunaan dadah.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian panas JSJN Bukit Aman di 0122087222 atau talian panas JSJN IPK Sarawak di 0175929211.



