ARTIKEL

Enam lelaki tempatan berjaya dicekup miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Enam lelaki tempatan ditahan reman selama empat hari selepas memiliki dadah jenis syabu dan ganja dalam serbuan ke atas sebuah rumah di kampung Jaya Bakti, Jalan Taman Negara Kubah di sini, pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa berkata, serbuan yang dilakukan pada pukul 11.35 malam itu membawa kepada penahanan enam lelaki tempatan berusia 21 hingga 30 tahun.

“Dalam serbuan terbabit, kita berjaya merampas dadah keseluruhannya seberat 11.2 gram dengan nilai RM825.00

“Kesemua suspek direman selama empat hari mulai semalam hingga 24 Jun ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Mervin, ujian saringan awal mendapati lima suspek adalah positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Tetrahydoconnabinol ( THC ) manakala seorang daripada saspek didapati negatif dadah.

“Malah, seorang daripada suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 39A (1) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan juga akan dikenakan hukuman sebat, tidak kurang tiga kali dan tidak lebih daripada sembilan kali,” katanya.

Katanya lagi, kes juga boleh disiasat di bawah seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan di sebat tidak kurang daripada enam sebatan.

DADAH … Dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Jaya Bakti, Jalan Taman Negara Kubah di Kuching, pada Rabu lalu.

 

DADAH … Dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Jaya Bakti, Jalan Taman Negara Kubah di Kuching, pada Rabu lalu.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU