ARTIKEL

Enam maut tembakan di New York

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JERSEY CITY: Enam orang termasuk seorang anggota polis dan dua suspek terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di pinggir bandar New York tidak jauh dari Patung Liberty, kata pegawai tempatan.

“Penyerang melepaskan tembakan bertubi-tubi terhadap anggota kami,” kata Ketua Polis Jersey City, Michael Kelly kepada pemberita selepas insiden tembakan berprofi l tinggi di Amerika Syarikat itu. Selain itu, tiga orang awam turut terbunuh dalam insiden yang bermula sekitar tengah malam di tanah perkuburan dan berakhir di sebuah kedai, kata Kelly.

“Pasukan skuad bom sedang memeriksa sebuah kenderaan U-Haul yang dicuri yang mungkin mengandungi alat pembakar,” tambahnya. Tiada butiran lanjut punca kejadian diberikan. Menurut Kelly, lima yang mati ditemui di dalam kedai. Pihaknya percaya dua daripada mereka adalah penjenayah. Kejadian jenayah itu berlaku di sekurang-kurangnya tiga lokasi dengan dua anggota polis lain cedera.

Foto AFP

Kelly berkata, suspek bergerak dengan pantas dan berterusan selama empat jam. Beratus-ratus anggota polis dikerah dari New Jersey dan New York, termasuk pasukan taktikal bersenjatakan senapang. Televisyen NBC melaporkan ratusan tembakan peluru hidup dilepaskan.

Laporan media berkata, kejadian tembakan itu bermula apabila seorang pegawai penyiasat pembunuhan mendekati suspek di tanah perkuburan. Dia merupakan mangsa pertama tembakan yang dikenal pasti oleh media sebagai Detektif Joseph Seals.

Penduduk AS sudah biasa dengan kejadian tembakan dan senjata api yang dikaitkan hampir 40,000 kematian pada 2017, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. – AFP

Foto AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha