Trending

Enam pertuduhan, remaja diperintah ke Sekolah Henry Gurney

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai usia 21 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ia susulan pengakuan bersalah mencabul kehormatan, melakukan kelucahan melampau di hadapan empat wanita berbeza dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas lelaki.

Tertuduh berusia 19 tahun bekerja sebagai pekebun sayur itu diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney sebaik sahaja pendengaran laporan sosial di hadapan tiga Majistret Berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun di Taman Kong Tiong, Jalan Stephen Yong, sekitar jam 10.30 petang, 6 Disember 2022.

Manakala, pertuduhan kedua hingga ke kelima, dia didakwa mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan kemaluannya untuk dilihat empat orang mangsa wanita berusia 20 tahun hingga 35 tahun.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di empat kejadian berasingan di kawasan kediamanan mangsa sekitar Daerah Padawan pada 6 Disember 2022, 24 Mac lepas dan 1 April lalu.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan keenam, dia didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seorang wanita warga asing di atas tangga sebuah bangunan di MJC Batu Kawa, kira-kira jam 7.30 malam, 8 April lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru