ARTIKEL

Gung Chiu Kion, mewakili Huang Tiong Sii, membuat tinjauan bersama jurutera daerah dan kontraktor ke enam tapak projek di sekitar Meradong. - Foto: UKAS

Enam projek naik taraf jalan di Meradong diluluskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERADONG: Enam projek naik taraf jalan telah diluluskan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Daerah Meradong untuk memperkukuhkan kemudahan asas di luar bandar agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih baik.

Pasukan Pusat Khidmat P.208 Sarikei, diketuai Gung Chiu Kion yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Huang Tiong Sii, bersama Penolong Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Churchil Barrak, telah membuat tinjauan ke enam tapak projek di sekitar Meradong. 

Pada masa yang sama, Gung Chiu menyaksikan Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP kepada pihak kontraktor.

Antara lokasi luar bandar yang terlibat adalah Jalan Fun Lin Hou Sungai Labas, Jalan Lorong 9 Sungai Labas, Jalan Sing Tung Kwong Sungai Padi, Jalan Kong Ing Chii Sungai Padi, Jalan Wong Hung King Sungai Narasit dan Jalan Sang Ling Sungai Narasit.

Rakyat setempat berasa gembira dengan kerja naik taraf jalan raya ke jalan konkrit berkenaan dan menyuarakan penghargaan kepada Tiong Sii kerana berkat usahanya, mereka dapat menikmati jalan raya yang lebih selamat dan baik. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,