ARTIKEL

Johnny Pang turun padang meninjau keadaan kawasan di SJKC Siong Boon yang akan dinaik taraf di bawah RTP DUN Tanjong Batu.

Enam sekolah terima projek naik taraf di bawah RTP DUN Tanjong Batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Enam buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu bakal menikmati kemudahan lebih baik menerusi pelaksanaan projek naik taraf di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun ini.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Agama, SK Asyakirin, SJKC Sebiew, SJKC Siong, Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Bintulu dan SMK Bandar.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, kesemua projek tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan warga sekolah.

Menurut beliau, setiap sekolah akan menerima projek naik taraf mengikut keperluan masing-masing.

“Di SJKC Siong Boon, kerja menaik taraf pintu pagar utama serta bumbung untuk kawasan tempat letak kereta akan dilaksanakan.

“Di SJKC Sebiew, pembinaan tempat menunggu baharu untuk ibu bapa serta kerja mengecat semula keseluruhan bangunan sekolah turut dijalankan.

“Bagi SK Agama, padang sekolah akan diturap dengan konkrit bagi memberi lebih banyak ruang aktiviti kepada pelajar, manakala di SK Asyakirin, kerja menaik taraf dewan sekolah termasuk pentas utama akan dilakukan,” ujarnya.

“Bagi SMK Bintulu dan SMK Bandar Bintulu pula, tumpuan turut diberikan kepada penyediaan laluan berbumbung, kawasan menunggu pelajar serta pembaikan kemudahan asas yang diperlukan.

“Kesemua projek ini dibiayai menggunakan peruntukan RTP DUN Tanjong Batu bagi tahun semasa. Kontraktor akan memulakan kerja dalam masa terdekat dan dijangka siap dalam tempoh empat hingga enam bulan,” katanya.

Johnny Pang beramah mesra sebahagian pelajar SMK Bintulu.
Johnny Pang meninjau laluan pejalan kaki di kawasan SMK Bintulu yang akan dinaik taraf di bawah RTP DUN Tanjong Batu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU