ARTIKEL

Jabang Juntan semasa berucap pada perasmian Pesta Tatau 2024 di Taman Komuniti, Sungai Jatan, Tatau, malam tadi.

Eratkan hubungan pelbagai kaum, hargai pelbagai budaya melalui Pesta Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Penganjuran Pesta Tatau adalah signifikan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di sekitar daerah Tatau, khususnya.

Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan, berkata Pesta Tatau bukan hanya sekadar acara budaya dan sukan, tetapi juga merupakan platform penting untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai suku kaum di kawasan terbabit.

“Melalui pesta ini, kita dapat melihat bagaimana setiap komuniti mempamerkan warisan dan tradisi mereka, dan ini membantu kita semua untuk lebih memahami dan menghargai kepelbagaian budaya yang ada di Tatau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Pesta Tatau 2024 di Taman Komuniti, Sungai Jatan, di sini, malam tadi.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN Kakus Datuk Sri John Sikie Tayai hadir menyempurnakan Pesta Tatau 2024.

Tambah Jabang lagi, acara tersebut juga memberikan ruang kepada setiap etnik untuk mempersembahkan adat dan budaya mereka, sekali gus menyatukan kita semua dalam semangat kekitaan dan keharmonian.

“Tiada satu pun etnik yang kita tinggalkan. Kita memberikan mereka slot untuk mempersembahkan adat dan budaya asal mereka.

“Tujuannya adalah untuk menyatukan kita semua, kerana di sini kita berkumpul dengan pelbagai suku bangsa yang dapat saling memahami adat dan tradisi masing-masing.””ujarnya lagi.

Sebanyak 107 gerai disediakan sepanjang acara yang berlangsung dari 5 hingga 15 September ini.

Pesta tersebut dijangka menarik kira-kira 80,000 pengunjung dengan lebih daripada 30 acara menarik termasuk menampilkan hasil kraf tangan tempatan serta produk budaya masyarakat Tatau dan sekitarnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan