ARTIKEL

Recep Tayyip Erdogan | BERNAMA

Erdogan bertemu Elon Musk di New York

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk di New York City pada Ahad, menjemputnya ke Turkiye dan memintanya membuka kilang ketujuh Tesla di sana, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam pertemuan yang berlangsung di Turkish House (juga dikenali sebagai Turkevi Center) di Manhattan, Erdogan memaklumkan kepada Musk, pengasas Tesla dan SpaceX, mengenai kejayaan teknologi Turkiye serta visi ‘Turkiye Digital’ dan Strategi Kecerdasan Buatan Kebangsaan,” menurut Direktorat Komunikasi Turkiye dalam satu kenyataan.

Susulan kereta elektrik Turkiye, Togg, yang sudah berada atas jalan raya di Turkiye dan Tesla memasuki pasaran negara itu, Erdogan menggesa Tesla supaya menubuhkan kilang ketujuhnya di Turkiye, kata kenyataan itu.

“Presiden Erdogan berkata peluang untuk bekerjasama dengan SpaceX mungkin muncul melalui usaha yang dilakukan dan akan dibuat yang merupakan sebahagian daripada program angkasa Turkiye, dan menjemput Musk ke Teknofest yang akan berlangsung di İzmir,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU