ARTIKEL

Erdogan menang, pilihan raya Turki masuk pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengatasi pungutan undi pada pilihan raya 14 Mei berlangsung Ahad, semalam.

Erdogan berusaha melanjutkan pemerintahan dua dekadnya menentang pesaingnya, tetapi gagal mencapai majoriti.

Baik Erdogan mahupun saingannya, Kemal Kilicdaroglu tidak mampu melepasi pungutan 50 peratus undi.

Kini pengundian memasuki pusingan kedua.

Menurut agensi berita Anadolu, dengan hampir 97 peratus mengundi, Erdogan mendahului 49.39 peratus undi.

Manakala, Kilicdaroglu memperoleh 44.92 peratus undi.

Kilicdaroglu yakin menang pada pusingan kedua.

Beliau menggesa penyokongnya bersabar dan menuduh parti Erdogan mengganggu pengiraan dan laporan keputusan pilihan raya.

Erdogan mengatakan, jentera partinya berjaya mengatasi pesaing dengan kelebihan 2.6 juta undi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU