ARTIKEL

Ervin berazam lakukan yang terbaik pada Golf Terbuka Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemain golf negara Ervin Chang berazam melakukan yang terbaik apabila turun beraksi pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia di Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan dekat sini bermula Khamis ini.

Pemenang dua pingat emas di Sukan SEA Hanoi 2021 itu berkata secara mental beliau sudah bersedia memberi saingan sengit kepada pemain-pemain golf negara lain pada kejohanan yang juga merupakan kelayakan untuk kejohanan Terbuka British (The Open) 2024 yang berprestij.

Kejohanan The Open ke-152 dijadualkan dari 18 hingga 21 Julai di Kelab Golf Royal Troon di Scotland.

The Open ialah kejohanan golf tertua di dunia, bermula pada 1860 dan menawarkan hadiah wang tunai bernilai US$16.5 juta pada edisi 2023.

“Saya bekerja keras semasa di luar musim, mencuba yang terbaik untuk melonjakkan tahap kemahiran saya, penumpuan mental saya dan cuba belajar sementara menyesuaikan diri dengan lebih baik dalam permainan.

“Saya berehat sehari semalam untuk menyambut Tahun Baharu Cina, saya sudah bersedia untuk bertanding sejak dua minggu lepas.

Saya akan lakukan yang terbaik di sana,” Majlis Penandatanganan Penajaan CIMB Group Holdings Berhad untuk dirinya di sini semalam. 

Ervin merupakan penerima terbaharu tajaan CIMB selepas jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Sebelum ini, bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David juga pernah menerima tajaan CIMB.

Pencapaian terbaik oleh pemain golf tempatan pada Terbuka Malaysia sejak penganjurannya pada 1962 ialah melalui mendiang P. Gunasegaran yang menduduki tempat kedua pada edisi 1994, selepas tewas kepada pemain Sweden Joachim Haeggman dalam aksi lapan lubang mendebarkan pada perlawanan penentuan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta