ARTIKEL

Kredit: Bernama

Esplanade Luak dan Teluk Bandung lokasi lihat anak bulan Ramadan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Falak Miri, Esplanade Luak di Miri dan Teluk Bandung, Santubong di Kuching merupakan antara keseluruhan 29 lokasi di Malaysia yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang Selasa, 17 Februari ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, penetapan keseluruhan lokasi berkenaan telah perkenankan oleh jawatankuasa berkenaan

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan adalah pada petang Selasa, 17 Februari2026, bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan itu menyatakan, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Ramadan yang ditetapkan melalui stesen radio dan televisyen,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU