ARTIKEL

AZIZUL ANNUAR ADENAN

Liga Lundu 2026: Aksi separuh akhir dijangka sengit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Aksi separuh akhir kempen Liga Lundu 2026 yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini dijangka sengit.

Empat pasukan handalan, Kasuka FC, Bajo Mix FC, Sampadi FC dan Fadzio FT akan beradu nasib bagi memburu slot ke pentas final.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan memberitahu, empat pasukan terbabit akan turun dengan satu misi iaitu mahu mencetak kemenangan untuk layak ke final.

“Kita menjangkakan aksi separuh akhir yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini sengit.

“Kesemua empat pasukan terlibat turun dengan fokus mahu memastikan kemenangan,” ujar Azizul kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, perlawanan peringkat separuh akhir pasti berbeza kerana pemain akan tampil dengan corak permainan lebih agresif.

Perlawanan peringkat separuh akhir hujung minggu ini di Kompleks Sukan Lundu.

Perlawanan pada Sabtu (31 Oktober), Kasuka FC akan menentang Bajo Mix FC. Sementara itu, Sampadi FC akan menentang Fadzio FT pada Ahad (1 November).

Pasukan yang berjaya meraih kemenangan akan mara ke final yang dijadual berlangsung pada 8 November.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU