ARTIKEL

RAKAM KENANGAN….Amirul merakam kenangan bersama -sama yang lain selepas majlis tersebut.

Simulasi Pengurusan PPS Perkukuh Kesiapsiagaan Agensi di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pelaksanaan latih amal dan simulasi penting bagi menguji tahap kesiapsiagaan, mengenal pasti kelemahan serta memastikan setiap pihak memahami tindakan yang perlu diambil ketika berdepan situasi kecemasan.

Wakil Residen Mukah, Mohd Amirul Valentine Laiseh berkata, melalui latihan ini, setiap jabatan dan agensi berpeluang memahami peranan masing-masing.

Menurutnya, ia juga untuk menguji keberkesanan komunikasi serta memperkukuh penyelarasan dalam pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Pelibatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) juga amat penting kerana mereka antara pihak yang hampir dengan penduduk di kawasan masing-masing.

TERIMA KASIH…Amirul menerima cenderamata daripada Dariel (dua kiri) dalam majlis itu.

“Mereka juga mempunyai peranan besar dalam menyampaikan maklumat, membantu mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan dan memastikan arahan keselamatan dapat difahami serta dipatuhi oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Residen Bahagian Mukah pada Majlis Perasmian Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS Tahun 2026 Peringkat Bahagian Mukah di Pusat Pentadbiran Baharu Kerajaan Sarawak, Mukah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pengurusan bencana yang berkesan tidak boleh digalas oleh satu jabatan atau agensi sahaja.

Ujarnya, ia memerlukan komitmen bersama daripada semua pihak termasuk agensi keselamatan, agensi kebajikan, pihak berkuasa tempatan, petugas kesihatan, KMKK, badan sukarela, sektor swasta dan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Amirul menegaskan, setiap jabatan dan agensi perlu memastikan masyarakat sentiasa diberikan maklumat yang tepat berkaitan langkah keselamatan, saluran bantuan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku bencana.

Tambahnya, melalui semangat kerjasama, keprihatinan dan kesediaan untuk saling membantu, kita mampu membina sebuah komuniti yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU