Trending

Explorace Remaja Cinta Palestin, semai kesyukuran dan nilai kemanusiaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Peserta semasa melakukan aktiviti pada program Explorace Remaja Cinta Palestin di Kampung Badong Daro.

DARO: Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan Kampung Badong Daro menganjurkan Explorace Remaja Cinta Palestin, bagi menzahirkan solidariti dan menyemai nilai kemanusiaan dalam kalangan generasi muda daerah ini.

Program yang disertai sebahagian besar remaja itu, dianjurkan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daro.

Peserta semasa melakukan aktiviti pada program Explorace Remaja Cinta Palestin di Kampung Badong Daro.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan Kampung Badong Abang Shamsure Abang Wahap berkata, penganjuran program adalah sebagai tanda kebersamaan, sekali gus melahirkan golongan muda yang cakna serta mempunyai pengetahuan berkaitan isu Palestin.

“Ilham menganjurkan acara ini bermula selepas kita melihat isu Palestin perlu mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat termasuk golongan muda.

Peserta semasa melakukan aktiviti pada program Explorace Remaja Cinta Palestin di Kampung Badong Daro.

“Kita sangat bertuah kerana mendapat kerjasama padu ISMA Daro sehingga penganjurannya berjalan lancar mengikut perancangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak yang menjayakannya merupakan tanda sokongan padu dan keteguhan terhadap perjuangan penduduk Palestin membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajah.

Dalam pada itu katanya, aktiviti juga mengajak generasi muda mensyukuri nikmat keamanan negara di samping menolak kezaliman dan kekerasan.

“Kita menyediakan lima hentian yang mempunyai aktiviti dan permainan yang berkaitan dengan Palestin. Aktiviti yang disediakan ini bertujuan supaya anak-anak remaja lebih mengenali dan menyayangi bumi Palestin,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru