HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Fadillah: GPS ambil pendekatan berkecuali, tidak terlibat PRN Melaka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Fadillah ketika menghadiri Majlis Jamuan Tengah Hari bersama Pemimpin Tempatan di Kampung Kolong 2, hari ini.

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan berkecuali dengan tidak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu, ini kerana GPS bukan sebahagian daripada parti yang bertanding serta tidak terlibat dengan mana-mana parti komponen di Semenanjung.

“GPS bukan sebahagian daripada mereka (parti politik) yang bertanding di Melaka.

“Jadi kita doakan yang terbaik untuk PRN di sana, yang paling penting adalah sentiasa menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak,” katanya.

Menteri Kanan Kerja Raya itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Tengah Hari bersama Pemimpin Tempatan di sini, hari ini.

Untuk rekod, PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dengan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke