ARTIKEL

Fadillah: Tugas yang mencabar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

100 HARI SEBAGAI MENTERI KANAN INFRASTRUKTUR

KUCHING: Tempoh seratus hari menjawat jawatan Menteri Kerja Raya adalah tugas yang mencabar terutamanya dalam menghadapi fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid19.

Bagaimanapun Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dengan adanya kerjasama rakyat, beliau dan kementeriannya dapat menghadapi cabaran yang timbul. “Barisan kabinet di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik ketika pandemik ini menular di seluruh dunia.

“Wabak berkenaan mula dikesan di Wuhan, Hubei China pada Disember 2019 dan diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

“Seminggu selepas anggota kabinet baharu mengangkat sumpah, PKP diumumkan bermula 18 Mac dan ia dilanjutkan setiap dua minggu selepas itu sehinggalah PKPB diumumkan dan seterusnya PKPP sekarang sehingga 31 Ogos,” katanya.

Fadillah menjelaskan, lima kementerian lain turut diletakkan di bawah Kluster Infrastruktur meliputi Kementerian Pengangkutan; Kementerian Alam Sekitar dan Air; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur (MPMKI) dipengerusikan oleh saya sendiri, manakala Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Infrastruktur (MJKKI) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja raya.

“MPMKI merupakan mesyuarat tertinggi bagi kluster ini yang berperanan membuat keputusan dasar mengenai perancangan dan pembangunan infrastruktur negara,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, sistem kluster yang diperkenalkan kerajaan ini bertujuan menyelaras semua kementerian yang mempunyai dasar dan hala tuju yang sama supaya tidak berlaku sebarang pertindihan fungsi.

“Saya berharap sistem kluster ini akan lebih efektif dan sistematik, sekali gus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan kos berkesan yang akhirnya memberikan manfaat kepada rakyat,” ujarnya. Setakat ini kementeriannya

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan