KUCHING: Laman Rasmi Facebook KPDN ada berkongsi maksud tanda harga merah jambu pada harga barangan yang dipamer dalam premis.
Menurut kenyataan itu lagi, tanda harga merah jambu bermaksud kategori harga barang yang dikawal.
Harga barangan tersebut hendaklah sama atau lebih rendah dari harga barang kawalan.
Sekiranya peniaga tidak mematuhi peraturan ini, para pengguna boleh buat laporan kepada pihak KPDN yang berdekatan.
Menjual pada harga atas tanda harga merah jambu ini salah dalam undang-undang iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

