ARTIKEL

Fahrell Zaquan dikhuatiri lemas di Sungai Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Tengah berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Datuk Haji Mohamed, petang tadi.

Komander Operasi, PBK II (TBK I) Asmadi Mohamad Nawei berkata mangsa, Fahrell Zaquan Hasbullah, dilaporkan hanyut dibawa arus deras dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.

“Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) tiba di lokasi pada jam 4.50 petang,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Asmadi, berdasarkan maklumat awal daripada rakan mangsa, ketika kejadian mangsa bersama seorang rakan sedang bermain di tebing sungai sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air lalu dihanyutkan arus deras.

Beliau memaklumkan pasukan bomba segera menjalankan operasi pencarian di sekitar tebing sungai sejurus tiba di lokasi.

“Operasi turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan kawasan serta membantu melancarkan usaha mencari dan menyelamat.

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR masih diteruskan,” katanya.

BERITA LAIN

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.  

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.